Connect with us

Oh! Media

“Saya Yakin Rakyat Dapat Menerima” – Muqharabbin Yakin Tok Mat Layak Jadi Timbalan Perdana Menteri

Oh! Negara

“Saya Yakin Rakyat Dapat Menerima” – Muqharabbin Yakin Tok Mat Layak Jadi Timbalan Perdana Menteri

Setelah tamat persoalan mengenai siapakah Perdana Menteri negara, kini muncul persoalan baru mengenai siapakah yang akan menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Tok Mat Akhirnya Bersuara, Cadang PH Gabung Dengan PN Tanpa Libatkan BN

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata bahawa Tok Mat merupakan calon yang sesuai bagi mengisi ruang kosong Timbalan Perdana Menteri, eh yeke?

Bantu kepimpinan

Muqharabbin berkata kemenangan besar Tok Mat di Parlimen Rembau dan pengalaman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan mampu memberi impak positif kepada negara.

Saya yakin rakyat dapat menerima Tok Mat dan beliau dapat bersama membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin Kerajaan Perpaduan menangani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan. – Muqharabbin.

Muqharabbin juga yakin jika Tok Mat dan Dato Seri Anwar Ibrahim dapat berganding, cabaran politik yang bakal datang dapat ditempuh serta mampu mengekalkan kestabilan politik negara.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas