Connect with us

Oh! Media

Saman Serangan Seksual Anwar Ibrahim, Mahkamah Dengar Rayuan Yusoff Bulan April

Oh! Politik

Saman Serangan Seksual Anwar Ibrahim, Mahkamah Dengar Rayuan Yusoff Bulan April

Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh 7 April untuk mendengar rayuan Muhammad Yusoff Rawther mengenai tuntutan balas salah laku seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jumpa Di Mahkamah, Kita Kisahkan Tentang Sejarah” – Sanusi Langsung Tak Gentar Disaman Anwar

Peguam Anwar, Navpreet Singh telah mengesahkan bahawa tarikh tersebut ditetapkan bagi pendengaran semasa pengurusan kes tersebut.

Tindakan sivil

Pada 9 September yang lalu, Yusoff telah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan plaintif untuk membatalkan perenggan tertentu dalam pernyataan pembelaan Anwar terhadap tindakan sivil itu.

Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual kepadanya ketika diminta menyerahkan sendiri teks ucapan di kediaman Anwar di Segambut pada Oktober 2018. Kenyataan pembelaan dari pihak Anwar menolak dakwaan salah laku seksual tersebut sebagai ‘palsu dan rekaan’.

Tambahan, Yusof juga mendakwa dirinya dituduh berkomplot menjatuh dan merosakkan karier politik Anwar selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya yang mendapat kritikan orang awam.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas