Connect with us

Oh! Media

Samakan Najib Dengan Hang Tuah, Puteri UMNO Hargai Pengorbanan Bekas Pemimpin

Oh! Negara

Samakan Najib Dengan Hang Tuah, Puteri UMNO Hargai Pengorbanan Bekas Pemimpin

Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan menggambarkan ‘kehilangan’ mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaikan sebuah kisah Hang Tuah.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemohonan Rayuan Najib Dapat 19 Dokumen Babit Dana 1MDB Ditolak

Zahida berkata demikian sewaktu memberi ucapan di persidangan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada hari ini.

Bagaikan Hang Tuah

Ketua Puteri UMNO itu juga berkata bahawa kegagalan UMNO dalam menghargai Najib adalah salah satu punca pengaruh parti berkenaan makin merosot.

Inilah yang berlaku kepada fenomena Bossku yang sangat difahami oleh lawan tetapi kurang dimanfaatkan oleh kawan, seperti cerita Hang Tuah. Apabila susah barulah ramai yang bercakap: alangkah baiknya kalau Hang Tuah masih hidup.

Untuk rekod, Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas rayuannya diketepikan oleh pihak mahkamah tertinggi negara pada 25 Ogos tahun lepas.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas