Connect with us

Oh! Media

Pemohonan Rayuan Najib Dapat 19 Dokumen Babit Dana 1MDB Ditolak

Oh! Negara

Pemohonan Rayuan Najib Dapat 19 Dokumen Babit Dana 1MDB Ditolak

Hari ini Mahkamah Rayuan menolak pemohonan Najib Razak untuk mendapatkan 19 dokumen perbankan yang dipercayai terbabit dalam skandal dana 1MDB.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru 2 Hari Di Penjara, Najib Razak Perlu Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes 1MDB Esok

Keputusan itu telah dibuat sebulat suara oleh tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.

Tiada kekhilafan

Datuk Nordin memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi tidak melakukan kekhilafan dalam membuat keputusan, sekaligus Mahkamah Rayuan juga bersetuju mengekalkan keputusan tersebut.

Sebelum ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak dua permohanan Najib yang meminta pihak pendakwaan mendedahkan dokumen babit 1MDB.

Najib yang berdepan dengan empat pertuduhan rasuah bernilai RM2.3 bilion dari 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Kajang.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas