Connect with us

Oh! Media

Sah! Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Pejuang

Oh! Negara

Sah! Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Pejuang

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti Pejuang sejak bebarapa hari yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tun Mahathir Tewas Di Langkawi Dan Berikut Keputusan Tak Rasmi Semua Kawasan Setakat Ini

Perkara itu telah disahkan oleh Lando Zawawi, yang juga merupakan calon Pejuang di Tanjung Karang pada PRU-15 yang lalu.

Tiada sebab

Selain itu, Lando juga memaklumkan bahawa dirinya tidak mengetahui sebab-sebab peletakan jawatan ahli politik berusia 97 tahun itu.

Memang betul, dia beritahu kami Rabu lepas. Kami tidak tanya. Kami menghormati keputusannya. – Lando

Sebelum ini, parti itu mengalami kekalahan terburuk dan seramai 67 calon kehilangan wang deposit mereka termasuk Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas