Connect with us

Oh! Media

Sah! PH-BN Wujud Kerjasama Bentuk Kerajaan Di Perak

Oh! Negara

Sah! PH-BN Wujud Kerjasama Bentuk Kerajaan Di Perak

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dikatakan telah pun bersetuju untuk mewujudkan kerjasama bagi membentuk kerajaan di negeri Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Zahid Hamidi Dakwa Akuan Bersumpah Ahli Parlimen BN Tak Sah Dan Langgar Perlembagaan Parti

Memetik laporan daripada Berita Harian, perincian mengenai ketetapan itu akan diumumkan secepat yang mungkin.

BN dan PH secara bersama telah memenangi 33 kerusi majoriti di DUN Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang telah diadakan pada 19 November lalu.

Demi kepentingan rakyat dan negara, BN dan PH Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Perak serta maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa yang terdekat/

Sekiranya kerjasama ini berjaya dilakukan, maka Pakatan Harapan akan mendapat tambahan sokongan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Fuhh makin lama makin mendebarkanlah, sama-sama kita nantikan keputusannya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas