Connect with us

Oh! Media

“Reformasi UMNO Tak Boleh Ditangguh Lagi” – KJ Pula Gesa Zahid Hamidi Letak Jawatan

Oh! Negara

“Reformasi UMNO Tak Boleh Ditangguh Lagi” – KJ Pula Gesa Zahid Hamidi Letak Jawatan

Selepas Barisan Nasional kalah teruk pada kempen PRU-15 semalam, ramai pemimpin di bawah kepimpinan parti itu menggesa presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan dengan kadar segera.

ADVERTISEMENT

BACA: “Orang Melayu Telah Tolak UMNO..” – Onn Hafiz Ghazi Mohon Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera

Antara nama yang menggesa Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatannya sebagai presiden parti termasuklah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Shahril Hamdan dan Tan Sri Noh Omar.

Giliran KJ gesa Zahid Hamidi letak jawatan

Terbaru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula tampil menyuarakan pendapatnya dengan menggesa Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatan.

Menerusi ciapannya di Twitter, Khairy yang lebih mesra disapa KJ memaklumkan bahawa setiap panglima besar (Zahid Hamidi) yang menerajui peperangan perlu ada sifat tanggungjawab apabila pasukan mereka kalah.

Apabila kalah dalam peperangan, Panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab. Lebih2 lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi.

Terang lagi bersuluh, ciapan yang ditulisnya itu ditujukan kepada Zahid Hamidi yang dilihat gagal dalam mengatur percaturan baik ketika memimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam kempen PRU-15 yang lalu.

Untuk info, sebelum ini Tan Sri Noh Omar mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor manakala calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan meletak jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO.

Kredit: Twitter Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas