Oh! Negara
“Orang Melayu Telah Tolak UMNO..” – Onn Hafiz Ghazi Mohon Zahid Hamidi Letak Jawatan Segera
Oleh
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dengan kadar segera selepas parti Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BACA: Walaupun Menang Di Bagan, Tanda #ZahidHamidiLetakJawatan Trending Di Twitter
Dalam satu hantaran di Facebook, Onn Hafiz Ghazi berkata, tumpasnya mereka semalam menunjukkan orang Melayu telah sebulat suara menolak kepimpinan UMNO.
Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.
Jelasnya lagi, UMNO dan BN hanya menang 9 kerusi Parlimen di Johor dan tiada satu kerusi dimenangi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.
Hakikat itu telah membuka mata beliau dan pemimpin UMNO yang lain supaya kembali mendengar suara rakyat.
Dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya YB Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak telah berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai presiden pada 2018.
Beliau berkata langkah berani ke arah kebaikan perlu diambil untuk masa hadapan parti. Jika tidak bermula sekarang, parti Barisan Nasional mungkin tak akan menang satu kerusi pun di PRU akan datang.
Beliau berharap tindakan jiwa besar Zahid Hamidi dapat membantu UMNO pulih dan kembali kuat.
Nampaknya Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor pun dah bersuara, kita tunggu jelah keputusannya nanti.
Kredit: Facebook Onn Hafiz Ghazi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Anwar Ibrahim ingatkan pelarian Rohingya supaya patuh undang-undang Malaysia termasuk isu bangunan dan perniagaan.
Sindiket penyeludupan Rohingya didakwa kenakan bayaran hingga RM40,000.
Bonggol jalan Genting Highlands dicadang ditambah bagi kurangkan risiko kemalangan.
Rosmah Mansor diperintah bayar RM67.5 juta sebab kes kehilangan barang kemas.
Tsunami 0.4 meter dijangka melanda beberapa kawasan pantai Sabah selepas gempa kuat di Mindanao.
