Connect with us

Oh! Media

“Presiden Dan Biro Tiada Hak” – Ismail Sabri Maklumkan Hanya MT Tertinggi Boleh Tentukan Pembentukan Kerajaan Dengan PH

Oh! Negara

“Presiden Dan Biro Tiada Hak” – Ismail Sabri Maklumkan Hanya MT Tertinggi Boleh Tentukan Pembentukan Kerajaan Dengan PH

Satu situasi kecoh buat semua rakyat di negara selepas parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dikatakan berjumpa bagi mengadakan rundingan bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! PH dan BN Adakah Pertemuan, Dijangka Muktamad Kerjasama Hari Ini?

Namun begitu, pemimpin daripada kedua-dua parti masih lagi tidak memberikan maklum balas mengenai agenda sebenar bagi pertemuan yang diadakan mereka.

Dalam pada itu, Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan pandangannya terhadap pertemuan yang diadakan ini ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Menurutnya, Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan biro politik yang lain sama sekali tidak mempunyai hak untuk memutuskan mengenai perkara itu.

Hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Presiden tiada hak, biro politik pun tiada hak. Hanya MT BN saja boleh membuat keputusan.

Beliau yang turut hadir bersama beberapa kepimpinan BN di Hotel Seri Pacific memaklumkan bahawa mereka dijemput oleh Setiausaha UMNO Pahang.

Semua Ahli Parlimen Pahang, dijemput.

Sementara itu, Ahmad Zahid dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan yang diadakan kedua-dua parti ketika ditemui pengamal media

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas