Connect with us

Oh! Media

Pengarah Bomba Kelantan Nafi Bagi Siti Zailah Kebenaran Guna Pili Air

Oh! Negara

Pengarah Bomba Kelantan Nafi Bagi Siti Zailah Kebenaran Guna Pili Air

Sebelum ini kita telah mendengar satu berita mengenai Ahli Parlimen Kelantan, Siti Zailah yang didakwa ‘mencuri’ air dari pili bomba bagi kegunaan penduduk setempat.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Guna Pili Bomba Buat Dana Bekalan Air Sendiri, Ahli Parlimen Kelantan Bakal Disiasat

Walau bagaimanapun, Siti Zailah menyatakan bahawa dirinya telah mendapat kebenaran daripada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mengagihkan air ke kawasan kampung Rantau Panjang.

Tiada pemohonan

pili bomba

Menurut posting yang dimuat naik di Facebook, Siti Zailah juga menegaskan penggunaan pili air itu adalah dibenarkan atas dasar kecemasan dan kepentingan awam.

Melalui Seksyen 42(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan juga Seksyen 23(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1996 menjadi satu persefahaman antara Jabatan Bomba & Penyelamat dengan pihak AKSB dalam menghadapi saat-saat kecemasan dan atas kepentingan awam.

Siti Zailah

Walau bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin memberitahu tiada kebenaran yang diberikan kepada Siti Zailah daripada pihaknya.

Pihak kami tidak terima sebarang permohonan daripada YB untuk ambil air daripada pili bomba. Terus terang saya cakap. Tak ada surat, tak ada satu perkataan untuk minta kebenaran kepada kami.

Zainal Madasin

Hm, apa pendapat pembaca Oh! Media pula?

Kredit: Facebook I MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas