Connect with us

Oh! Media

Didakwa Guna Pili Bomba Buat Dana Bekalan Air Sendiri, Ahli Parlimen Kelantan Bakal Disiasat

Oh! Negara

Didakwa Guna Pili Bomba Buat Dana Bekalan Air Sendiri, Ahli Parlimen Kelantan Bakal Disiasat

Satu berita tular di media sosial mengenai Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dikatakan menyalahgunakan pili bomba bagi mendapatkan bekalan air kepada penduduk.

ADVERTISEMENT

BACA: “Yang Berkempen Bukan Pasukan Bomba Dan NADMA, Tapi Ahli Politik” – Asyraf Wajdi Dakwa Tiada Masalah PRU Waktu Banjir

Tindakan tidak wajar itu telah mendapat perhatian ramai netizen termasuk juga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Guna pili bomba

pili bomba

Menteri KPKT, Nga Kor Ming memberitahu pihak mereka akan membuat siasatan terperinci kepada ahli pembangkang itu dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya didapati bersalah.

Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian. Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku.

Sebelum ini, Siti Zailah atau Kak Lah didakwa menggunakan pam penyedut bagi mengambil air dari pili bomba dan mengagihkan kepada penduduk setempat atas dana nama sendiri.

Betul juga kata Menteri, kalau tiba-tiba rumah terbakar macam mana?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas