Connect with us

Oh! Media

Onn Hafiz Bakal Ganti Hasni Sebagai MB Johor Ke-19?

onn hafiz

Oh! Negara

Onn Hafiz Bakal Ganti Hasni Sebagai MB Johor Ke-19?

Beberapa hari sudah berlalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada 12 Mac lepas. Sekarang ini timbul desas desus yang mengatakan Datuk Onn Hafiz Ghazi, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan bakal dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Johor yang ke-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Kos PRN Johor Cecah RM96 Juta?

Menerusi laporan Kosmo, MB Johor Datuk Seri Hasni Ir. Hasni Mohamad dipercayai bakal digantikan dengan Onn Hafiz yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Dun (DUN) Machap pada PRN yang diadakan pada Sabtu lepas.

Hasni cadang pilih orang muda untuk memimpin Johor

Hasni telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi semalam mencadangkan kepimpinan kerajaan negeri Johor Bahru perlu diterajui oleh orang muda.

Melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri Johor.

Kerajaan negeri dibawah pimpinan saya telah beriktiar sebaik mungkin untuk menjadikan negeri Johor berdaya tahan dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Pelantikan Menteri Besar baharu ini dijangka akan diadakan pada jam 3 petang hari ini di Istana Johor.

Semoga sesiapa yang dilantik menjadi Menteri Besar Johor dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab atas amanah yang disampaikan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas