Connect with us

Oh! Media

Kos PRN Johor Cecah RM96 Juta?

PRN JOHOR

Oh! Negara

Kos PRN Johor Cecah RM96 Juta?

Kos untuk kendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi dianggarkan mencecah RM96 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Semakin Meningkat, PRN Johor Tetap Dijalankan Ikut SOP Ketat

Menerusi laporan Berita Harian, SPR telah menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian PRN Johor.

Tarikh undi awal pada 8 Mac

PRN JOHOR

Menurut Datuk Abdul Ghani Salleh, pengerusi SPR, seramai 49,290 petugas dilantik untuk kendalikan proses PRN yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara keseluruhannya jumlah pusat mengundi sebanyak 1,084 buah dengan 4,720 saluran.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,021 pusat mengundi yang mempunyai 4,638 saluran akan digunakan bagi undi biasa, manakala 63 pusat mempunyai 82 saluran turut akan digunakan bagi undi awal.

Sebanyak 56 pusat penamaan calon dan 56 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan semasa PRN berlangsung.

Hari penamaan calon pula telah ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pada 8 Mac 2022. SPR turut melantik 58 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu 186 Penolong Pegawai Pengurus.

Bagi memantau semua aktiviti sepanjang tempoh berkempen, SPR juga menubuhkan 56 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya yang dianggotai wakil daripada polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon.

Prosedur operasi standard (SOP) untuk PRN Johor akan segera dikeluarkan selepas dimuktamadkan.

SPR telah menyasarkan 70 peratus daripada 2.597 juta pengundi layak akan keluar mengundi dan memohon agar parti politik ambil langkah untuk menyeru dan menggalakkan pengundi untuk keluar mengundi.

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan rakyat Johor untuk keluar mengundi. Ingat, kalau nak keluar mengundi nanti jangan lupa patuh SOP dan jalankan tanggungjawab memilih mereka yang benar-benar layak untuk memimpin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas