Connect with us

Oh! Media

“Eh, Dia Yang Onar…” – Netizen ‘Geli’ Dengan Cadangan Tun M Minta Pembangkang Lupakan Permusuhan Sesama Sendiri

Oh! Negara

“Eh, Dia Yang Onar…” – Netizen ‘Geli’ Dengan Cadangan Tun M Minta Pembangkang Lupakan Permusuhan Sesama Sendiri

Seperti yang kita tahu, tak lama lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan pastinya semua rakyat di negara ini akan menjadi lebih bijak dalam memilih pemimpin yang bakal meneraju kerajaan Malaysia bagi tahun-tahun yang mendatang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Percaya UMNO Akan Kalah” – Tun M Buka Mulut Mengenai Isu Politik Semasa

Dapat juga kita lihat, ambang PRU yang semakin terasa dengan kesemua parti politik dilihat sedang giat mengatur perancangan untuk memastikan mereka mendapat kepercayaan rakyat.

Tun M cadang ‘pembangkang’ lupakan permusuhan

Terbaru, memetik laporan daripada MalaysiaKini, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan saranan dengan meminta parti-parti pembangkang untuk melupakan permusuhan sesama sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang) berpendapat bahawa mereka akan tewas sekiranya tidak bekerjasama.

Kita berpendapat kalau parti-parti lawan ni berpecah, kita akan kalah. Jadi kita kena fikir sama ada kita lupakan permusuhan antara kita seperti dalam PRU14.

Pada masa tu Bersatu dan DAP tak setuju tapi untuk kalahkan orang yang lebih buruk, kita kerjasama.

Netizen meluat dengan kenyataan Tun M

Kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu walau bagaimanapun mendapat reaksi negatif warganet di Twitter.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyindir kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Tun M merupakan individu yang menjadi punca kepada perpecahan dalam parti beberapa tahun sebelum ini.

Apa pandangan korang dengan kenyataan daripada Tun M ni? Setuju ke tak setuju?

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas