Oh! Negara
Muhyiddin Akhirnya Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim, PN Main Peranan Semak Dan Imbang
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu hantaran di Facebook hari ini akhirnya tampil mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Dalam hantaran tersebut, Muhyiddin berkata, PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia yang mana kerajaan persekutuan diterajui oleh PH.
Pihaknya akan membawa suara rakyat Malaysia selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen.
Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim untuk mengemukakan jumlah sokongan yang dimiliki untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Tapi hari ini nampaknya, abah pun dah akur dengan pelantikan Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan kini ada majoriti dua per tiga apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan.
Kredit: Facebook Muhyiddin Yassin
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM