Connect with us

Oh! Media

Muhyiddin Yaasin Tak Puas Hati Dengan Anwar Ibrahim, Cabar Tunjuk Jumlah Sokongan Untuk Jadi Perdana Menteri

Oh! Negara

Muhyiddin Yaasin Tak Puas Hati Dengan Anwar Ibrahim, Cabar Tunjuk Jumlah Sokongan Untuk Jadi Perdana Menteri

Sebentar tadi, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 dan telah mengangkat sumpah di Istana Negara.

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim untuk mengemukakan jumlah sokongan yang dimiliki untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri itu. Pulak dah!

Pada sidang media petang tadi, Muhyiddin yakin yang PN telah mendapat sokongan majoriti dari 115 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Pada jam 10.30 pagi 22 Nov 2022, setiausaha agung PN menghantar satu lagi surat akuan ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai perdana menteri menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.

Iaitu melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Hari ini, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin juga meminta Anwar untuk tunjukkan buktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat untuk meyakinkan rakyat. Apa pandangan korang?

Kredit: Facebook Muhyiddin Yaasin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas