Connect with us

Oh! Media

“Mewakili Keluarga Saya, Dengan Rendah Hati Kami Ingin Berterima Kasih” – Nurulhidayah

Oh! Negara

“Mewakili Keluarga Saya, Dengan Rendah Hati Kami Ingin Berterima Kasih” – Nurulhidayah

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

ADVERTISEMENT

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Di Instagram, anak Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua orang yang telah mendoakan bapanya.

Dalam hantaran itu, Hidayah mewakili seluruh keluarga berkata hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala kebaikan dan ucapan semangat yang tidak pernah putus daripada orang ramai.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan beliau yang juga merupakan Presiden UMNO berdepan dengan 33 tuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Untuk tujuh pertuduhan lain, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc; dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Kredit: Instagram Nurulhidayah | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas