Connect with us

Oh! Media

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu Miliki Gelaran Terbaru

Oh! Negara

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu Miliki Gelaran Terbaru

Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, mengetuai senarai penerima gelaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Wah! Gelaran apa tu?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, Mat Sabu bersama enam lagi telah menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Yang Dipertuan Agong.

Bukan tu jer, Al-Sultan Abdullah juga menitahkan kerajaan agar melipatgandakan usaha dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan membangunkan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah bandar raya unggul dan mampan.

Justeru, pembangunan hendaklah sentiasa seiringan dengan inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan di kawasan tinggi serta berbukit, termasuk di kawasan yang menjadi tadahan hujan haruslah turut dikawal selia

Jadikan bandar raya Kuala Lumpur bertaraf bandar raya kelas pertama bukan kelas kedua atau ketiga dan saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan.

Beta juga amat bersyukur dengan komitmen kerajaan beta dalam menjaga kemaslahatan rakyat beta, khususnya dalam menangani isu-isu semasa yang secara tidak langsung merangsang pengukuhan sosio dan ekonomi rakyat beta.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Mat Sabu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas