Connect with us

Oh! Media

Mengejutkan! Timbul Spekulasi Bekas PM, Najib Razak Sudah Beristeri 2

najib razak

Oh! Negara

Mengejutkan! Timbul Spekulasi Bekas PM, Najib Razak Sudah Beristeri 2

Tular di media sosial Twitter hari ini apabila seorang individu mendedahkan mengenai bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang didakwa mempunyai isteri baru.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran tersebut, individu itu turut memuat naik foto DS Najib sedang berpegangan tangan bersama beberapa orang yang dipercayai ahli keluarga wanita itu.

Selain itu, wanita di sebelah DS Najib itu menurut individu tersebut bernama Shimah dan merupakan bekas pramugari. Wanita itu juga didakwa saudara kepada CEO Malaysian Tourism Exchance (MATEX).

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak menyangka bekas Perdana Menteri penuh kontroversi dan terkenal dengan ayat ‘malu apa bosku’ itu kini mempunyai isteri baru selain Datin Sri Hajah Rosmah Mansor.

whatsapp

Ada juga yang tertanya-tanya mengenai Rosmah Mansor dan statusnya kini sama ada sudah mempunyai ‘madu’ ataupun sudah bercerai.

Walaubagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi daripada Najib Razak berikutan penularan foto itu di media sosial.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas