Connect with us

Oh! Media

Malaysia Tidak Pernah Larang Penggunaan Ganja Untuk Perubatan

ganja

Oh! Negara

Malaysia Tidak Pernah Larang Penggunaan Ganja Untuk Perubatan

Baru-baru ini isu penggunaan ganja untuk perubatan dibangkitkan dalam Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Dalam hujah itu, Syed sarankan kerajaan Malaysia tawarkan penggunaan ganja kepada pesakit yang memerlukan rawatan ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Hasil Jualan Produk Ganja Di UK, Syarikat Anak Malaysia Untung 2 Juta Pound Sterling

Saya harap kerajaan boleh membincangkan perkara ini dan lihat data dan sains. Adakan satu jawatankuasa khas yang diwakili oleh banyak kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pastikan agar ia dapat dikawal selia, dan Kementerian Kesihatan (KKM) memastikan data dan sains adalah jelas. – Hujahnya.

Menteri Kesihatan sedia maklum tentang penggunaan ganja

Bagi menjawab hujah Syed ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan jawapan secara bertulis. KJ turut mengakui dia mengambil maklum tentang perkara itu dan jika benar ia selamat, ubat dari ganja itu perlu mendaftar kepada DCA (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah).

Berdasarkan laporan Code Blue, akta yang digunakan kerajaan Malaysia juga tidak melarang penggunaan ganja untuk perubatan. Produk ubatan yang mengandungi ganja boleh sahaja diimport dan digunakan di Malaysia jika ia mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Justeru, sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menggunakan ganja (rami) untuk sebarang tujuan perubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Maka permohonan untuk mendaftar produk ganja untuk tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada DCA (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah) untuk dinilai dan didaftarkan di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 untuk dipasarkan di Malaysia. – Jawab KJ.

Pengimportan dan perdagangan produk perubatan ganja ini diwajibkan untuk mempunyai lesen dan permit import. Semua kemasukan produk ini akan dipantau secara terperinci bagi memastikan tiada produk haram masuk ke dalam negara.

Kebenaran ini tidak terpakai untuk penanaman tumbuhan ganja secara eksklusif

Apa yang menjadi kesalahan adalah sekiranya ada pihak yang mengambil peluang ini untuk menanam ganja secara perindustrian atau hortikultur. Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan sama sekali dan menjadi kesalahan jenayah.

Begitu jugalah dengan dadah yang dibenarkan dalam perubatan. Semua bahan ini boleh digunakan tetapi yang menjadi masalah apabila ada yang menggunakannya secara berbahaya.

Kredit: Code Blue

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas