Connect with us

Oh! Media

Mahu Ringankan Beban Pekerja, Syarikat Air Kelantan Perjelas Isu Sagu Hati Aidilfitri

Oh! Negara

Mahu Ringankan Beban Pekerja, Syarikat Air Kelantan Perjelas Isu Sagu Hati Aidilfitri

Sebelum ini, kita telah dengar berita mengenai syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) didakwa memberi kakitangan terutamanya Ahli Lembaga Pengarah hadiah sagu hati berupa wang sehingga RM10,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Beri Sagu Hati RM10 Ribu Kepada Lembaga Pengarah? Syarikat Air Kelantan Didesak Beri Penjelasan

Pemberian wang sagu hati itu telah mendapat kritikan ramai kerana dianggap tidak setimpal dengan hasil usaha yang dilakukan bagi membaik pulih masalah air di Kelantan.

Bantu ringankan beban

air

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut menjelaskan pemberian sagu hati tersebut adalah bagi membantu meringankan beban warga syarikat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.

Amalan memberi sagu hati Aidilfitri kepada ahli lembaga pengarah syarikat dan kepada kakitangan syarikat adalah amalan biasa sebuah syarikat sebagai keraian kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah dan sebagai membantu meringankan beban warga syarikat menyambut Aidilfitri.

Dalam pada masa yang sama, AKSB memberitahu bayaran tersebut dibuat mengikut prosedur tadbir urus kewangan terhadap warga kerjanya.

Malah, ia dilulus oleh Lembaga Pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat. AKSB ialah sebuah syarikat Sdn Bhd.

Tambahan, AKSB juga telah membuat laporan polis berikutan kebocoran dokumen sulit mengenai pemberian sagu hati tersebut di media sosial.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas