Connect with us

Oh! Media

Beri Sagu Hati RM10 Ribu Kepada Lembaga Pengarah? Syarikat Air Kelantan Didesak Beri Penjelasan

Oh! Negara

Beri Sagu Hati RM10 Ribu Kepada Lembaga Pengarah? Syarikat Air Kelantan Didesak Beri Penjelasan

Baru-baru ini tular mengenai dakwaan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd memberi wang sagu hati berjumlah RM10,000 buat ahli lembaga pengarahnya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Masalah Asas Bukan Politik” – Anwar Ibrahim Ulas Isu Air Kelantan, Sabah

Satu gambar notis telah tersebar di media sosial menunjukkan setiap ahli lembaga pengarah menerima wang sejumlah itu setiap seorang sebagai pemberian ‘sagu hati hari raya’.

Minta penjelasan syarikat Air Kelantan

kelantan
Sumber: Twitter

Oleh itu, Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan Dr Rosli Allani Abdul Kadir mengesa syarikat tersebut untuk memberi pengesahan mengenai notis yang telah tular di media sosial itu.

Kita menggesa AKSB mengesahkan adakah surat tersebut sahih dan menjelaskan rasional pemberian sagu hati itu, sama ada sepadan dengan pencapaian serta sasaran syarikat terbabit membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat Kelantan.

Dalam pada masa yang sama, penularan notis tersebut telah mendapat kritikan warganet yang beranggapan wang tersebut tidak setara dengan usaha yang dijalankan di negeri itu.

kelantan

Hm, apa pula pendapat korang?

Kredit: Malaysia Kini | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas