Oh! Negara

“Lebih Baik Tangguh Dulu PRU-15” – KJ

Published on

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai tidak perlu kerana melihat faktor kesihatan awam di negara ini yang masih dalam fasa pemulihan.

BACA: KJ Sahkan Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tidak Perlu Kuarantin

Menerusi laporan Kosmo, pelaksanaan PRU-15 boleh diadakan selepas keadaan kesihatan awam di Malaysia lebih stabil untuk mengelakkan kesulitan pemulihan kesihatan.

Saya lihat semangat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walaupun beliau berkata akar umbi parti mahukan PRU lebih awal, tetapi dia serahkan hal itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri akan ambil kira pandangan bukan sahaja soal pemulihan negara dan perjanjian dengan pembangkang untuk reformasi institusi, tetapi juga pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan kesihatan awam.

Menurut Khairy, penangguhan PRU-15 adalah satu tindakan yang wajar kerana jika kerajaan melakukan PRU-15 semasa fasa peralihan pandemik, ia boleh merumitkan lagi keadaan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version