Connect with us

Oh! Media

“Lebih Baik Saya Masuk Gegar Vaganza” – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

rafizi ramli

Oh! Negara

“Lebih Baik Saya Masuk Gegar Vaganza” – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

Tak dapat Ohmedia bayangkan kalau betul-betul Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli masuk program nyanyian, Gegar Vaganza, kah! Apapun, itulah jawapan yang diberikan Rafizi jika dia hanya mahukan populariti.

ADVERTISEMENT

Kalau ahli politik ambil tindakan dan keputusan semata-mata untuk meraih populariti, lebih baik saya masuk Gegar Vaganza. – Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi memberikan jawapan seperti itu selepas melihat laporan dari sebuah akhbar di mana mendapati dirinya mendapat skor rendah daripada rakyat yang rata-rata tidak berpuas hati dengan hasil kerjayanya setakat ini.

BACA: Ini Janji Rafizi Ramli Selepas Dilantik Menjadi Menteri Ekonomi

rafizi ramli

Saya faham bahawa perkara yang betul-betul diperhatikan rakyat setiap hari ialah soal harga barang. Perkara tersebut bukan boleh diselesaikan dalam tempoh satu atau tiga minggu.

Kerjaya politik saya memang pada awalnya saya ambil keputusan tidak popular. Semasa bertanding untuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), ada perkara yang saya tidak bersetuju secara terbuka dengan Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Rakyat akan diam selepas melihat hasilnya…

Rekod saya selalunya, kalau saya merasakan perkara itu betul dan saya fokus. Dua tiga bulan akan datang apabila ia menjadi maka orang akan diam, sebab itu sebagai ahli politik saya tidak terikut-ikut dengan dilambung dan dimainkan baik dari pihak media mahupun sosial media.

Dalam pada itu Rafizi turut menjelaskan kerajaan ketika ini tidak boleh membuat sebarang keputusan terburu-buru kerana hutang negara sudah mencapai RM1.5 trilion.

Sama dalam soal perancangan ekonomi, kita ada masalah struktur yang besar. Kita tidak ada wang seperti sebelum ini, hutang kita RM1.5 trilion jadi tidak boleh mengharapkan kerajaan ambil wang dan subsidi untuk menurunkan harga barang.

Rafizi melihat, jika kerajaan melakukan perkara itu, ia hanya kan menambah masalah. Ketika ini kerajaan sedang mengatur segala strategi yang terbaik dan melibatkan orang ramai kerana mengubah sikap akan mengambil masa.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas