Connect with us

Oh! Media

Ini Janji Rafizi Ramli Selepas Dilantik Menjadi Menteri Ekonomi

rafizi ramli

Oh! Negara

Ini Janji Rafizi Ramli Selepas Dilantik Menjadi Menteri Ekonomi

Yb Rafizi Ramli memang cukup terkenal dengan suaranya lantang mempersoal dan membongkar salah laku yang dilakukan kerajaan terdahulu. Beliau juga sering mengeluarkan formula yang sepatutnya boleh digunakan untuk memperbaiki pentadbiran kerajaan.

ADVERTISEMENT

Kini, beliau sudahpun dilantik sebagai Menteri Ekonomi dan menjadi tanggungjawabnya untuk membuktikan dirinya mampu meningkatkan ekonomi negara.

Tiba masa ubah budaya politik

Dalam satu kenyataan di Facebook, Rafizi berjanji dia tidak akan mencampur urusan kementerian dengan isu politik.

Masa yang dibayar gaji oleh rakyat adalah tanggungjawab negara dan tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja politik.

Masa kami sendiri seperti waktu malam, hujung minggu dan lain-lain adalah masa untuk berkempen supaya tidak ada campur aduk antara tanggungjawab sebagai menteri dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti. Masa untuk kita zahirkan perubahan budaya politik.

Rafizi turut melihat kerajaan sekarang perlu bersedia menghadapi cabaran ekonomi 2023 yang dijangkakan lebih mencabar.

Kredit: BERNAMA

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas