
Oh! Politik
Khairy Jamaluddin, Bekas Ketua Pemuda UMNO Dan Beberapa Pemimpin Dipecat Dan Digantung Keahlian
Oleh
Pada
Nampaknya, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sah dipecat keahliannya di dalam UMNO malam ini. Memetik laporan Berita Harian, perkara itu telah diputuskan ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.
ADVERTISEMENT
MKT malam tadi telah dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa nama pemimpin UMNO turut diumumkan.
Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan telah digantung keahliannya.

Sebelum ini, MKT memutuskan untuk menggantung keahlian UMNO Tan Sri Noh Omar dan turut menerima nasib sama adalah Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang digantung selama 6 tahun.


Kredit: Berita Harian
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:Featured, hisnammuddinhussein, KhairyJamaluddin, pecat, UMNO, ZahidHamidi
