Connect with us

Oh! Media

“Kenaikan Tarif Elektrik Tidak Libatkan Rakyat Dan Syarikat Kecil” – Anwar Ibrahim

Oh! Negara

“Kenaikan Tarif Elektrik Tidak Libatkan Rakyat Dan Syarikat Kecil” – Anwar Ibrahim

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa tarif elektrik telah dinaikkan sedikit.

ADVERTISEMENT

BACA: “Inilah Kepimpinan Melalui Tauladan” – Netizen Buktikan Menteri-Menteri Bawah Anwar Akan Ikut Jejak Langkah, Termasuk Anti Rasuah

Namun, kenaikan tarif elektrik itu tidak melibatkan rakyat dan pengusaha industri kecil, pertanian dan makanan.

Tarif elektrik naik

Menurut Anwar, beliau memaklumkan bahawa kenaikan itu hanya akan dikenakan sedikit bagi kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara.

Berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan, kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi, iaitu RM30 bilion. – Anwar Ibrahim

Anwar juga menambah bahawa syarikat multinasional tidak harus diberikan subsidi tarif elektrik rendah kerana akan memberi keuntungan buat pihak syarikat itu sahaja.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas