
Oh! Politik
“Inilah Kepimpinan Melalui Tauladan” – Netizen Buktikan Menteri-Menteri Bawah Anwar Akan Ikut Jejak Langkah, Termasuk Anti Rasuah
Oleh
Beberapa hari lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai nama menteri yang bakal membarisi kabinet negara.
Menerusi satu ciapan di Twitter, pengguna yang dikenali sebagai @lady_bug11 memuat naik satu gambar yang menunjukkan Perdana Menteri bersama barisan Menteri lain mengambil gambar secara formal.
Kalau korang lihat gambar tu, kelihatan sekuanya mengikut jejak langkah Perdana Menteri yang tidak memakai tali leher.
STYLE BARU PEMIMPIN2 NEGARA
— CIKY🔺NIE (@lady_bugg11) December 7, 2022
New style… bila PM tidak lagi memakai tie yg lain pun berbuat demikian. Inilah yg dinamakan kepimpinan melalui tauladan. Anwar mempopularkan batik dan coat tanpa tie dlm kepimpinannya. pic.twitter.com/Y8q06G3ojz
Pengguna Twitter itu berpendapat bahawa perkara inilah yang dinamakan kepimpinan melalui tauladan. Apa yang PM buat, semua akan ikut.
Anwar Ibrahim juga turut dikenali dengan seorang yang anti rasuah. Perkara ini juga buatkan individu berkenaan yakin yang anak-anak buahnya akan ikut jejaknya selain takut dengan tindakan serta malu dengan ketua mereka.
Apa pandangan korang?
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
