Connect with us

Oh! Media

“Kalau Orang Kata Dia ‘Lanun Bola Sepak, Apa Dia Rasa?”- Sanusi Balas Dakwaan Pemilik JDT Yang Kata Dirinya ‘Badut’

sanusi

Oh! Negara

“Kalau Orang Kata Dia ‘Lanun Bola Sepak, Apa Dia Rasa?”- Sanusi Balas Dakwaan Pemilik JDT Yang Kata Dirinya ‘Badut’

Baru jer tadi Ohmedia kongsikan komen dari pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail sultan Ibrahim yang meminta pemilik kelab Kedah FC untuk menasihati Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

ADVERTISEMENT

BACA: “Clown Will Give Birth To More Clowns”- TMJ Minta Pemilik Kelab Kedah FC Nasihatkan MB, Sanusi

Sanusi dalam satu temubual bersama wartawan Astro Awani menafikan dirinya sebagai pemecah bola sepak seperti yang didakwa TMJ. Beliau juga menyatakan pemilik JDT itu sebagai seorang yang boleh berkata apa sahaja terhadap orang lain namun orang lain tidak boleh bercakap tentang dirinya.

Dia kata saya badut, kalau saya kata, hang lanun bola sepak?

Pemilik kelab JDT ini, tidak boleh orang kata dekat dia. Dia kata dekat orang pula, apa pun tidak apa. Kalau orang kata dia lanun bola sepak, apa dia rasa?

Dia kata saya badut, clown, pemecah belah, kalau saya nak kata kat dia, hang lanun bola sepak, dia nak jawab apa? Apa perasaan you kalau I kata you lanun bola sepak?

Apa yang dikatakan saya adalah pemecah belah dalam bola sepak tidak benar, saya sebenarnya menyatukan peminat bola sepak, dalam satu kesatuan bola sepak ini untuk orang ramai, padang yang sama luas, pemain sama banyak, pintu gol yang sama saiz, players yang sama ramai, biasanya players tak sama ramai sebab pengadil masuk belah itu, jadi player dia lebih ramai, saya nak players sama ramai, pengadil di tengah, sekian terima kasih. – Jelas Sanusi.

Nampaknya, isu antara pemilik JDT dan Presiden KFA masih tiada kesudahannya. Mungkin lebih baik sekiranya mereka berdua buat perjumpaan empat mata dan cari jalan penyelesaian yang terbaik agar dapat sama-sama majukan bola sepak negara.

@501awani Malah, beliau turut menafikan dirinya sebagai individu yang memecahbelahkan kesatuan bola sepak negara. #BeritaDiTikTok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas