Connect with us

Oh! Media

“Clown Will Give Birth To More Clowns”- TMJ Minta Pemilik Kelab Kedah FC Nasihatkan MB, Sanusi

kedah fc

Oh! Negara

“Clown Will Give Birth To More Clowns”- TMJ Minta Pemilik Kelab Kedah FC Nasihatkan MB, Sanusi

Peminat bola sepak negara terutamanya mereka yang menyokong JDT dan Kedah FC sudah pasti tahu tentang ketegangan yang berlaku di antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

ADVERTISEMENT

Terbaru, pemilik skuad Harimau Selatan itu meminta agar pemilik kelab Kedah FC, Tan Sri Dr Daud Bakar untuk menasihati Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KPA), Sanusi agar berhenti memecah belahkan antara penyokong bola sepak, Kedah dan Johor.

“A Leader will give birth to more leaders, a clown will give birth to more clowns” – TMJ

Pesanan itu dihantar TMJ dalam bentuk komen di laman Instagram penyokong bola sepak kedah @hijaukuning dan telah menarik perhatian penyokong Kedah.

Salam Tan Sri. Saya pernah berjumpa dengan Tan Sri di SSI. Tan Sri orang yang baik dan saya berdoa semoga Allah kurniakan kejayaan buat Tan Sri dan Kedah FC.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta Tan Sri nasihatkan sikit Menteri Besar Kedah, cukup cukuplah memecah belahkan antara penyokong bolasepak Kedah dan Johor lagi lagi orang Islam Melayu kita.

Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai seseorang Menteri Besar dan bukanya “Badut”. – Tulis TMJ.

Itu pun tak boleh faham ke?

Perkongsian @hijaukuning itu turut mendapat perhatian sekali lagi dari TMJ yang meminta semua penyokong untuk memahami apa yang cuba disampaikan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas