Connect with us

Oh! Media

Ini Syarat Yang PM Sediakan Kalau Nak Terbang Ke Luar Negara

COVID-19

Ini Syarat Yang PM Sediakan Kalau Nak Terbang Ke Luar Negara

Mungkin ini berita baik untuk mereka yang suka mengembara ke luar negara sebab Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berbincang dengan beberapa negara untuk membenarkan korang terbang ke luar negara.

ADVERTISEMENT

Tapi ada syaratnya! Kebenaran untuk terbang ke luar negara ini hanya akan diberikan kepada penerima dua dos vaksin Covid-19 dan jika keluar negara boleh, nak rentas daerah mahupun negeri juga akan dibenarkan.

Penerima dua dos vaksin ini juga akan diberikan sijil kebenaran sebagai pengesahan atau lebih mudah dikatakan sebagai ‘pasport’ untuk bergerak ke mana sahaja.

Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini tanpa halangan pihak berkuasa.

Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta. – Kata PM.

Jadi, korang sudah daftar sebagai penerima vaksin ke belum tu? Semoga keadaan wabak ini cepat berakhir dan kita dapat meneruskan kehidupan normal seperti dahulu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas