
Oh! Politik
Ini Respon Mydin Bila Ahli Parlimen PN Dakwa Menu Rahmah Bawa Risiko Kanser, Autisme
Oleh
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali mengundang kontroversi apabila mendakwa Menu Rahmah dikhuatiri membawa risiko penyakit autisme dan kanser. Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menu rahmah rendah kualiti, risiko kanser
1) Dalam menu rahmah tu banyak sumber protien.
— aiamDeen الدين (@aiamDeen) February 15, 2023
2) Soal gempa bumi di Turkiye tu itu Qada’ Allah Subhanahu wata’ala yg baru berlaku dan Turkiye sedang berkabung dalam kesedihan, tak patutlah dijadikan hujah.
3) MP Kapar ni nak sampaikan apa sebenarnya?? pic.twitter.com/y5cCllo2nY
Beliau berkata, makanan berharga rendah tidak patut kerana ianya menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.
Saya tidak ada masalah dengan istilah Rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang kualiti rendah dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, penyakit autisme dan sebagainya.
Namun, pandangan Ahli Parlimen Kapar ini tak disambut baik masyarakat termasuk premis makanan yang menyediakan menu ini.
Respon Mydin
Ini kerana seperti yang orang ramai sedia maklum, dalam satu hidangan Rahmah berharga RM5 terhadap gizi yang seimbang seperti protein, karbohidrat dan sayur-sayuran.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) antara premis yang komited memperluaskan Program Menu Rahmah ke semua cawangannya di seluruh negara sejak ianya dilancarkan.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Kapar kerana merasakan seorang Ahli Parlimen perlu mengemukakan penyelesaian yang boleh menambah baik kehidupan rakyat.
PN tidak seharusnya ambil pendekatan mempertikai secara semberono tanpa kemukakan inisiatif lebih baik yang boleh dilaksanakan.
Bukannya memperlekeh sebarang inisiatif baik dengan sentimen untuk mendapatkan populariti politik semata-mata.
Kredit: Twitter aiamdeen | Mydin
