Connect with us

Oh! Media

Ini Pandangan Muhyiddin Yassin Selepas Lihat Barisan Kabinet Perpaduan PM Anwar Ibrahim

muhyiddin yassin

Oh! Negara

Ini Pandangan Muhyiddin Yassin Selepas Lihat Barisan Kabinet Perpaduan PM Anwar Ibrahim

Apa reaksi korang lepas lihat barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim malam tadi? Bagi yang terlepas tentang berita ni, berikut adalah senarai Kabinet Perpaduan Malaysia 2022.

ADVERTISEMENT

Apapun, Ohmedia ingin kongsikan pula pandangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melihat barisan kabinet ini sebagai paling mengecewakan dalam sejarah negara. Beliau merasakan seperti itu selepas Anwar Ibrahim memasukkan Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Melantik kleptokrat menganggotai kabinet

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihanraya apabila melantik kleptokrat menganggotai kabinet.

Ini adalah barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin turut mengatakan Anwar sanggup menjual maruah negara hanya kerana ingin memastikan dirinya menjadi Perdana Menteri.

PM pegang jawatan Menteri Kewangan akan berlaku penyelewengan berskala besar

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas