Connect with us

Oh! Media

Ini Jawapan Balas Tengku Zafrul Untuk Anwar Ibrahim Tentang Pinjaman 3 Bank Kepada Genting Hong Kong

tengku zafrul

Oh! Negara

Ini Jawapan Balas Tengku Zafrul Untuk Anwar Ibrahim Tentang Pinjaman 3 Bank Kepada Genting Hong Kong

Sebelum ini, institusi perbankan negara tiba-tiba menjadi kecoh apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul untuk menjelaskan mengapa tiga bank Malaysia memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong.

ADVERTISEMENT

Pinjaman tanpa jaminan ini didakwa memberi tekanan kepada bank Malaysia apabila Genting Hong Kong diisytihar muflis baru-baru ini.

Keputusan bank meluluskan pinjaman tanpa cagaran bukan perkara luar biasa

Bagi menjawab desakan Ketua Pembangkak, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menjawab di dalam Facebook miliknya. Beliau berkara kelulusan dan kesanggupan bank mengambil risiko pada peringkat dalaman (risk appetite), penilaian kredit yang memenuhi kriteria dan kelulusan berdasarkan proses tadbir urus dalaman.

Pemberian pinjaman kepada GHK dilakukan sebelum pandemik

Pinjaman kepada Genting Hong Kong diluluskan sebelum pandemik COVID-19 melanda dan sebagai sebuah syarikat dalam sektor libur, ia antara yang terkesan berikutan industri pelancongan yang terjejas di seluruh dunia. Ini sudah tentu sesuatu yang tidak dapat dijangka semasa pinjaman diluluskan.

Selain itu, harus diingat, bukan saja bank tempatan yang memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong, malah turut membabitkan bank dari luar negara dan semua bank ini juga turut perlu mematuhi garis panduan dalaman serta garis panduan bank pusat masing-masing sebelum memberikan pinjaman.

Disebabkan itu, Tengku Zafrul mempersoal Anwar Ibrahim pula samaada dakwaan beliau adalah juga ingin mengatakan bank dari luar negara turut bertindak sembrono dalam memberi pinjaman kepada GHK.

Sebelum ini, tiga bank Malaysia yang dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong, dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion).

Keputusan meluluskan pinjaman tanpa cagaran bukan ditentukan oleh Menteri Kewangan

Keputusan meluluskan pinjaman tanpa cagaran juga tidak ditentukan oleh Kementerian Kewangan atau pemegang saham. Tengku Zafrul menegaskan bahawa keputusan itu sepenuhnya datang dari pengurusan bank itu sendiri.

Setiap bank mempunyai proses usaha wajar dan penilaian kredit oleh Jawatankuasa Kredit masing-masing bagi menilai keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.

Dari segi dasar, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dan selagi bank ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka bebas untuk memberi pinjaman mengikut budi bicara mereka.

Tengku Zafrul turut menegaskan pemegang saham seperi Khazanah, KWSP, PNB atau siapa sahaja tidak akan terjejas dengan operasi harian yang dilakukan oleh pihak bank.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas