Connect with us

Oh! Media

Hasil Prosedur PDKA, Kerajaan Setuju Tamatkan Khidmat KP Perkhidmatan Awam

Oh! Negara

Hasil Prosedur PDKA, Kerajaan Setuju Tamatkan Khidmat KP Perkhidmatan Awam

Gempar di media sosial apabila pihak kerajaan memutuskan untuk menamatkan khidmat Mohd Syafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), uish seriuslah?

ADVERTISEMENT

BACA: Penjawat Awam Enggan Ambil Vaksin Turut Boleh Ditamatkan Perkhidmatan

Pihak kerajaan memaklumkan bahawa penamatan Mohd Shafiq itu telah berkuat kuasa sejak semalam, 12 Disember.

Ditamatkan khidmat

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali memaklumkan bahawa penamatan itu dibuat setelah semua prosedur Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan diteliti peguam negara.

Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] dan dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] – Mohd Zuki Ali

Mohd Shafiq pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan telah dilantik sebagai KPPA pada 10 Feb lalu menggantikan Mohd khairul Adib yang telah bersara.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama disandang sebagai Penolong Setiausah di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri sejak 1 Disember 1992.

Tambahan, Mohd Zuki mewakili pihak kerajaan merakam setinggi penghargaan ke atas jasa Mohd Shafiq sebagai penjawat awam.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas