Connect with us

Oh! Media

“Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong” – Timbalan Menteri Kesihatan

Oh! Negara

“Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong” – Timbalan Menteri Kesihatan

Baru-baru ini terdapat banyak kejadian yang mana orang awam mengadu di media sosial berkaitan suntikan kosong yang diterima mereka. Bukan satu, malahan terdapat tiga lagi kes melibatkan suntikan kosong sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Picagari Hanya Dicucuk Tapi Tidak Ditekan, CITF Siasat Petugas PPV

Ada juga dalam kalangan mereka yang turut merakam diri mereka semasa disuntik dan apabila merujuk kembali rakaman tersebut, mereka mendapati petugas kesihatan hanya menyuntik picagari tetapi tidak menekannya.

Namun, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, beliau menyifatkan bahawa faktor keletihan yang dihadapi petugas serta sukarelawan barisan hadapan mungkin menjadi punca berlakunya suntikan vaksin menggunakan picagari kosong di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang tular di media sosial.

Kemungkinan itu tidak boleh disangkal, sebaliknya semua petugas yang kepenatan disarankan untuk memaklumkan keadaan itu dan perlu mendapatkan rehat secukupnya.

Menurut beliau, petugas kesihatan di seluruh negeri berada dalam keletihan selepas bertugas selama lebih setahun disebabkan wabak pandemik ini dan sudah semestinya mereka memerlukan rehat.

Saya berpandangan, jika petugas kesihatan letih, mereka mesti bercakap, kongsi masalah dan jangan diam sahaja sebaliknya mereka perlu minta direhatkan.

Kerana kalau letih namun diteruskan juga, bimbang akan jadi tidak produktif. Kita bimbang kerana pemberian vaksin ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa orang.

Beliau turut menambah, terdapat tiga kes berkaitan yang masih dalam siasatan polis manakala bagi kes di Sungai Petani, petugas kesihatan yang terlibat telahpun diberikan teguran serta tindakan selanjutnya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas