Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Dia Ambil Jarum Lain?” – Tular Video Petugas PPV Didakwa Cuai Lagi?

Trending

“Kenapa Dia Ambil Jarum Lain?” – Tular Video Petugas PPV Didakwa Cuai Lagi?

Sebelum ini, kecoh diperkatakan mengenai isu suntikan vaksin kosong oleh petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Isu yang timbul menyebabkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) membenarkan rakaman ketika suntikan sebagai bukti.

ADVERTISEMENT

BACA: “Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong” – Timbalan Menteri Kesihatan

Terbaru, tular satu lagi rakaman di TikTok mendakwa petugas menukar picagari yang berisi vaksin dengan picagari kosong. Dalam rakaman itu, petugas dilihat melakukan prosedur seperti biasa iaitu menunjukkan picagari berisi vaksin kepada ibu bapa.

Namun ketika suntikan, petugas mengambil picagari lain dan didakwa langsung tidak menekan bahagian hujung picagari itu.

@enciknasreeq_

cuba teka ape yang pelik ? ##videoviral ##fyp ##esekeli ##foryoupage

♬ original sound – 🇲🇾 N A S R E E Q_

Perkara ini sudah tentu menimbulkan tanda tanya orang ramai. Tambahan pula mereka melihat sendiri petugas salah ambil jarum dan tidak menekan picagari.

Netizen bagaimanapun meminta siasatan dibuat. Berdasarkan video itu, suntikan dilihat dibuat ke atas kanak-kanak. Setakat ini tiada sebarang maklumat di mana lokasi pusat pemberian vaksin ini.

Kredit: TikTok @enciknasreeq_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas