Connect with us

Oh! Media

Cadang Nama Vaksin ‘Bossku’, Najib ‘Tidak Keruan’ Dengar Idea Pembangkang

Oh! Negara

Cadang Nama Vaksin ‘Bossku’, Najib ‘Tidak Keruan’ Dengar Idea Pembangkang

Sebelum ini, Ahli Parlimen (Sepang) Pembangkang, Hanipa Maidin pernah menyoal bagaimana Pusat Vaksin Kebangsaan bersedia dalam menghadapi sebarang ancaman jangkitan pada masa akan datang.

ADVERTISEMENT

BACA: Dos Penggalak Bakal Jadi Syarat Lengkap Vaksinasi?

Hal itu dibahaskannya di Dewan Rakyat hari ini mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Berdasarkan sumber, MOSTI telah memperuntukkan hampir RM60 juta untuk penyelidikan dan pembangunan vaksin yang diciptakan sendiri di Malaysia.

Hal itu bagi mengurangkan kebergantungan mendapatkan bekalan dari negara luar dan vaksin tersebut akan dibangunkan dengan menggunakan teknologi Messenger Ribonucleic Acid (mRNA).

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim, peruntukan itu akan akan diberikan kepada Institut Genom Malaysia sebanyak RM54 juta dan 2.5 juta kepada pasukan penyelidikan yang terlibat.

Hanipa Maidin cadang nama vaksin ‘Bossku’

Ketika membahaskan tentang perkara itu, Hanipa Maidin yang juga bekas Timbalan Menteri Undang-undang telah tampil mencadangkan agar vaksin buatan tempatan itu diberikan nama ‘Bossku’ atau ‘Pekan’.

Hal itu bagi menumpang populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seakan-akan menarik minat orang ramai untuk mendapatkannya.

Jika kita cipta vaksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya vaksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’ ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu untuk dapat impak yang kuat.

Seperti yang kita ketahui, nama ‘Bossku’ adalah panggilan mesra diberikan kepada Najib oleh para penyokongnya sehingga ia menjadi tular sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Pekan itu sebelum sempat memberikan respon ringkas menerusi sebuah hantaran di laman Facebook.

Makin menggiler (menggila) puak sebelah sana. Bimbang pula saya.

Hantaran yang mendapat 6,200 tanda suka itu telah meninggalkan pelbagai reaksi daripada pengikutnya dan rata-rata daripada mereka berasa terhibur dengan perkara itu sehingga ada yang berjenaka dengan bersetuju akan penggunaan nama tersebut.

Kredit: Facebook Najib Razak I FreeMalaysiaToday

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas