Connect with us

Oh! Media

Bung Moktar Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah

Oh! Negara

Bung Moktar Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mengumumkan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Ini Keputusan Dibuat Mahkamah Terhadap Bung Moktar Dan Zizie Izette

Peletakan jawatan itu berkuatkuasa serta-merta selepas beliau memegang pentadbiran badan induk itu sejak Jun 2021.

Demi politik

Menurut beliau, peletakan jawatan ini dibuat atas kerelaan dirinya yang hanya mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya politik sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan.

Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya.

Bung juga memaklumkan surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung SAFA dalam masa yang terdekat bagi dimuktamadkan.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas