Connect with us

Oh! Media

Terkini! Ini Keputusan Dibuat Mahkamah Terhadap Bung Moktar Dan Zizie Izette 

Trending

Terkini! Ini Keputusan Dibuat Mahkamah Terhadap Bung Moktar Dan Zizie Izette 

Hari ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dipanggil bagi membela diri atas pertuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua mereka diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen dan keputusan itu dibuat dari hasil penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan kata Hakim Rozina Ayob.

Sebelum ini, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad pada 3 Mei 2019 yang lalu.

Isteri Bung, Zizie Izette yang didakwa bersubahat dengan suaminya untuk menerima suapan itu juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan tersebut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas