
Oh! Politik
“Baginda Menelefon Saya” – Anwar Buka Mulut Tak Pernah Minta Pengampunan Diraja
Oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa dirinya tidak pernah memohon pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
BACA: Muat Naik Gambar Menghadap Pemangku Raja Pahang, Stoking Anwar Ibrahim Jadi Perhatian
Anwar berkata demikian kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin membangkitkan isu itu dalam perbahasan usul undi percaya kepada Perdana Menteri semalam.
Tidak pernah mohon

Perdana Menteri itu menegaskan bahawa beliau ditelefon oleh Sultan Muhammad V sendiri ketika berada di Pusat Rehabilitasi di Cheras.
Saya minta maaf sebut perkara ini kerana soal pengampunan itu penting. Yang mengambil inisiatif ketika itu ialah Yang di-Pertuan Agong sendiri ketika itu, baginda menelefon saya dan ini saya sebut kepada umum, semasa saya masih di pusat rehabilitasi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Kredit: BuletinTV3
