Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Tunjuk Kesan Cedera Dan Parut Buatkan Farid Kamil Lebih Semangat Lakonkan Wataknya

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Tunjuk Kesan Cedera Dan Parut Buatkan Farid Kamil Lebih Semangat Lakonkan Wataknya

Rasanya ramai yang dah tahu pelakon dan pengarah, Farid Kamil akan memegang watak sebagai Anwar Ibrahim dalam filem berjudul Anwar di Jakarta, Indonesia.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mstar, Farid telahpun berjumpa sendiri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali sebelum masuk set penggambaran tersebut sebagai tanda menghormati dan mendalami karakternya.

Pelakon itu pada awalnya berasa bimbang kerana watak yang perlu dilakonkannya itu masih lagi aktif sebagai ahli politik.

Sebab tu saya perlu bertemunya sebelum masuk set penggambaran dan Alhamdulillah kami bertemu selama dua jam tetapi tempoh itu tidak mencukupi buat saya.

Menerusi pertemuah kedua bersama DSAI, Farid Kamil mengatakan yang beliau turut menunjukkan bahagian tubuh yang pernah cedera seperti mana pernah dilaporkan pada 1998 dulu.

Bukan tu jer, DSAI juga sempat membuka cermin matanya untuk menunjukkan parut akibat ditumbuk di muka, leher dan rusuk.

Saya mkin membuak-buak nak lakonkan watak dalam filem itu lepas beliau tunjukkan kesan parutnya.

Farid juga sedar risiko melakonkan watak tersebut dan telah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas