
Oh! Politik
Anwar Ibrahim Tukar Fikiran, Gesa Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP
Oleh
Kerajaan digesa supaya pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan kerana ramai rakyat yang terdesak ketika ini.
BACA : KWSP Akan Lancar ‘i-Sayang’ dan ‘i-Lindung’ Untuk Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat
Menurut laporan Sinar Harian, perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan rasmi di akaun Twitter miliknya.
Kenyataan Media
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 9, 2022
9 Mac 2022
Saya ambil maklum bahawa terdapat desakan di kalangan rakyat yang mahukan pengeluaran KWSP dibenarkan oleh kerajaan. pic.twitter.com/3OdWAvIHwB
Saya agak keberatan sebelum ini untuk mendukung langkah ini kerana ia pasti memberi kesan kepada simpanan mereka di masa hadapan meski saya tahu pendirian ini sangat tidak popular di kalangan rakyat.
Anwar juga mengatakan bahawa kerajaan perlu menampung kerugian yang dihadapi rakyat sekiranya tidak mahu membenarkan pengeluaran KWSP.
Setelah kita melihat bahawa kerajaan seolah tidak ada jalan untuk merungkai kegagalan ini, saya kini mendukung agar pengeluaran ini dibenarkan sesegera mungkin dan tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.
Apa pandangan korang? Apapun, semoga segala urusan bagi sesiapa yang terjejas dipermudahkan. Diharapkan juga yang wabak ini akan berakhir tak lama lagi.
Kredit: Sinar Harian
