Connect with us

Oh! Media

Unpacked 2025, Detik Bersejarah Samsung & Siri Galaxy S25 TERBARU

Ohmedia untitled Design 9

Oh! +

Unpacked 2025, Detik Bersejarah Samsung & Siri Galaxy S25 TERBARU

Samsung sekali lagi mencipta fenomena dalam dunia teknologi mudah alih!  

Selepas kejayaan siri Galaxy S24 yang telah memukau pengguna dengan inovasi kepintaran (Galaxy AI) pada tahun lepas, Samsung kini hadir dengan peranti terbaru iaitu Galaxy S25. 

Katanya Samsung Galaxy S25 ini akan memberikan pengalaman yang cukup luar biasa bagi setiap pengguna. Hmm, agak-agaknya ada beza ke dengan siri sebelum ni? 

IKLAN

Teknologi Galaxy AI Yang Lebih Natural, Berikan Pengalaman Next Level  

Dengan tema “Evolusi Galaxy AI yang seterusnya”, Samsung menjanjikan perubahan besar dalam cara kita berinteraksi dengan dunia setiap hari. 

Siri Galaxy S25 ini juga akan menetapkan standard BARU dalam pengalaman AI mudah alih, memastikan penggunaan lebih lancar dalam setiap aspek dengan peranti sedia ada. 

Unpacked 2025: Perasmian Era Baharu Galaxy

Samsung Electronics akan menganjurkan acara Unpacked 2025 pada 23 Januari 2025, bertempat di San Jose bagi memperkenalkan inovasi premium Galaxy AI.

Untuk peminat di Malaysia, acara ini akan disiarkan secara langsung pada jam 2 pagi waktu tempatan melalui pelbagai saluran rasmi Samsung Malaysia, termasuk laman web rasmi, Newsroom, YouTube, Instagram, Facebook, dan LinkedIn.

Menangi Hadiah Dan Baucar Bernilai RM200

Samsung menawarkan tawaran EKSKLUSIF kepada pengguna untuk mendaftar minat korang terhadap peranti Galaxy seterusnya sebelum 22 Januari 2025.

Korang hanya perlu menjawab empat soalan tinjauan mudah, dan berpeluang untuk menjadi yang TERPILIH untuk menerima e-baucar RM200 untuk digunakan bagi pembelian peranti Galaxy Seterusnya. 

Lebih menarik, korang juga berpeluang memenangi hadiah istimewa!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama mengetahui dan memiliki peranti hebat ini. Daftar minat anda sekarang dan nantikan detik-detik pelancaran siri Galaxy S25 yang penuh kejutan!

Dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi Samsung Malaysia  bagi mengikuti semua teaser, trailer, dan update terkini menjelang Unpacked 2025.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Aisyah Azleza
Aisyah adalah seorang penulis kandungan profesional di Oh! Media, yang pakar dalam menghasilkan artikel berkualiti tinggi dan relevan. Dengan fokus pada topik menarik yang memberikan nilai tambah, Aisyah komited menyampaikan kandungan kreatif dan berimpak tinggi untuk memperkayakan pengalaman pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas