Connect with us

Oh! Media

Kualiti Macam Filem, Ini Iklan Raya Paling Epik & Mendebarkan Tahun 2021

Branded

Kualiti Macam Filem, Ini Iklan Raya Paling Epik & Mendebarkan Tahun 2021

2 hari lepas kami ada kongsikan video trailer iklan Hari Raya yang menunjukkan aksi abam mirip karakter Fast & Furious bawa kereta dengan penuh aksi macam dalam filem Hollywood!

Siap ada yang ingat abam tu nak pergi bazar ramadan dan nak bayar zakat. Haha!

Tapi apa sebenarnya yang abam ni nak sampaikan? Nak race ke apa? Ok jom kita layan dulu video penuh iklan Hari Raya paling epik tahun ini!

Aduhai nak hantar kuah kacang dengan lemang rupanya. Nasib baik tayar lekat dekat jalan, kalau tidak kesian aunty tu. Haha! Lain macam betul iklan Hari Raya Continental Tyre Malaysia ni.

Apapun tepat pilihan abam tu pasang tayar Continental ni dekat kereta sebab tayar keluaran Continental ni memang terbukti lasak dan mampu beraksi dengan baik atas permukaan jalan raya di Malaysia.

Mungkin ramai yang tahu sendiri kehebatan tayar Continental ni, tapi jom la kita tengok sikit apa yang Continenal mampu berikan:

  1. Pemanduan superior dan berprestasi.
  2. Mampu lakukan hentian ekstrem dan mempunyai keselamatan yang tinggi atas jalan basah.
  3. Tayar lebih senyap dengan pemecah bising.
  4. Kompaun fleksibel yang mampu serap hentakan lubang dan bonggol jalan,

Nak tahu banyak lagi kelebihan tayar Continental ni boleh tengok sendiri di sini.

Takkan Continental payung iklan Hari Raya jer? Mestilah kena ada promo Hari Raya juga gais! Untuk promo Continental dah umumkan untuk berikan hadiah percuma untuk setiap pembelian tayar mereka dalam pelbagai saiz seperti:

  1. RM20 Touch nGo eWallet untuk setiap pembelian 2 tayar saiz 15″ – 16″.
  2. Vakum kereta tanpa wayar untuk setiap pembelian 4 tayar saiz 15″ – 16″ atau 2 tayar saiz 17″ ke atas.
  3. Pembersih udara kereta untuk setiap pembelian 4 tayar 17″ ke atas.

Jadi jangan lepaskan peluang ni dan dapatkan sekarang di bengkel Continental berdekatan di sini. Berhati-hati di jalan raya Selamat Hari Raya!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas