Dalam setiap kesenangan, kemeriahan, gelak sakan bersama kawan-kawan dan keluarga, ada golongan yang memerlukan bantuan, mencari rezeki untuk diberikan kepada keluarga tersayang.
Walau bahagia macam mana sekalipun kita dengan rezeki yang ada, jangan sesekali kita melupakan mereka yang memerlukan.
Justeru itu, Lalamove mengambil kesempatan ini berkolaborasi bersama Kechara Soup Kitchen Society untuk menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga orang asli merentasi Malaysia menerusi program Deliver Care.
Bantuan Lebih Mudah Untuk Disalurkan Dengan Lalamove
Untuk pengetahuan, baru-baru ini, Kechara Soup Kitchen Society mempunyai inisiatif Food and School Mission, sebuah inisiatif sumbangan kepada orang asli.
Menurut Pengarah Pemasaran Kechara Soup Kitchen Society, Justin Cheah, beliau berkata inisiatif ini sangat penting dan bermakna sebab mereka menghulurkan bantuan kepada orang asli, sebagai tanda mendukung dan memperkasakan mereka yang memerlukan.
Kata Justin Cheah lagi, inisiatif ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama bersama Lalamove yang membantu mereka bukan sahaja dari segi menangani kos operasi, malah membantu dalam menggerakkan orang sekeliling untuk menyalurkan bantuan.
Bukan itu saja, Lalamove juga merupakan rakan kolaborasi yang sangat penting kerana mereka telah menangani banyak isu logistik yang banyak membantu dari pelbagai aspek yang diperlukan.
Selari dengan komitmen Lalamove, mereka berbesar hati untuk membantu komuniti tempatan dalam menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan menerusi program Deliver Care.
Sebagai sebuah platform penghantaran, Lalamove bukan saja sekadar menyediakan perkhidmatan penghantaran on-demand, malah mereka juga sentiasa bersedia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
Untuk menjayakan misi bantuan ini, sebanyak 10 buah lori besar Lalamove digunakan untuk membawa pelbagai jenis barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, beg dan bekal makanan untuk disumbangkan kepada keluarga orang asli merentasi Semenanjung Malaysia.
Pelbagai Jenis Kenderaan Tersedia Di Hujung Jari
Di platform Lalamove, terdapat pelbagai jenis kenderaan tersedia dari motosikal hingga lori besar 20-kaki untuk keperluan penghantaran yang berbeza.
Jadi, tak kiralah kalau korang ingin hantar barang yang kecil hinggalah barangan yang berjumlah besar, Lalamove pasti akan bantu korang.
Paling penting, dengan Lalamove, segalanya mudah dan senang, tanpa bayaran tersembunyi.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lalamove, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.