Connect with us

Oh! Media

Syarat Bagi Pembayaran Pendahuluan i-Sinar Kategori 2 Dimudahkan

C9265cb6 598d 47c2 8404 25f010f7f34d

Oh! +

Syarat Bagi Pembayaran Pendahuluan i-Sinar Kategori 2 Dimudahkan

Kini ahli KWSP hanya perlu mengisytiharkan dengan sendirinya bahawa mereka sememangnya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan syarat terbaru ini telah dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mempermudahkan proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli juga perlu menghantar sendiri dokumen sokongan secara dalam talian.

Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat. – Kata Muhyiddin.

Langkah yang diambil oleh KWSP itu adalah bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.

IKLAN

Kerajaan telah pun dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2. – Katanya.

Perdana Menteri turut memberitahu, bahawa kerajaan juga akan memberi pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang telah sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2020 dan dikatakan telah dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

Kredit: Kosmo

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas