Connect with us

Oh! Media

#RexonaMoveForGood Beri Inspirasi Perkasa Golongan Kelainan Upaya Tempatan

#RexonaMoveForGood

Oh! +

#RexonaMoveForGood Beri Inspirasi Perkasa Golongan Kelainan Upaya Tempatan

Bermula 1 Ogos yang lalu Rexona memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membantu komuniti kelainan upaya tempatan hanya dengan bergerak.

ADVERTISEMENT

Melalui kempen ini, Rexona berharap dapat mengubah kehidupan komuniti ini dengan menggalakkan rakyat Malaysia supaya lebih banyak bergerak sambil kekal selamat di rumah.

Kempen ini menyasarkan sehingga RM50,000 untuk disumbangkan kepada rumah kepada 3 pertubuhan bukan kerajaan(NGO) tempatan.

Rexona Move For Good

Rakyat Malaysia boleh menyokong kempen ini dengan memuat naik video senaman atau tarian di Facebook atau Instagram dengan meletakkan tanda pagar #RexonaMoveForGood. Setiap video yang dimuat naik, Rexona akan menyumbangkan RM10.

Pergerakan memupuk semangat perpaduan, menyatukan komuniti dan merangsang perubahan sosial yang positif supaya setiap orang dapat merasakan manfaat fizikal, mental dan sosial yang berkaitan. Walau bagaimanapun, bagi komuniti orang kurang upaya, kesan transformasi ini masih tidak dapat dicapai.

Sehubungan itu, Rexona telah bekerjasama dengan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan: Persatuan Orang Cacat Malaysia, Independent Living & Training Centre Malaysia dan Special Olympics Selangor.

Walaupun ketiga-tiga NGO ini, mempunyai peranan berbeza namun semuanya mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama seperti yang dilakukan oleh Rexona, iaitu memperbaiki kehidupan mereka yang sukar disebabkan ketidakupayaan untuk bergerak bebas dan memberi keyakinan dengan menggunakan pergerakan untuk mencapai hasil yang positif, tanpa mengira apa jua kekurangan mereka. 

Kempen #RexonaMoveForGood khusus bertujuan untuk membantu komuniti orang kurang upaya tempatan untuk terus bergerak walaupun mempunyai keterbatasan fizikal.

Sebagai jenama yang berakar umbi sebagai pemudahcara kepada usaha pergerakan, Rexona melancarkan kempen ini untuk memastikan anggota komuniti ini dibekalkan dengan pelbagai keperluan untuk membantu pergerakan seharian seperti kerusi roda khas, prostetik khusus dan peralatan sukan khas.

“Rexona benar-benar percaya bahawa pergerakan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan secara positif dan memecahkan halangan .

Kami membayangkan Malaysia menjadi sebuah negara di mana setiap orang mempunyai keistimewaan untuk bergerak tanpa halangan. Namun malangnya, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih kurang mendapat peluang untuk menikmati keistimewaan yang dimiliki oleh orang lain.

Oleh itu, Rexona telah bekerjasama dengan ketiga-tiga NGO ini untuk memperkasa kehidupan komuniti orang kurang upaya tempatan dengan keyakinan dan peluang untuk bergerak,” kata Lenny Chuah, Pengarah Pemasaran, Penjagaan Kecantikan dan Peribadi, Unilever Malaysia & Singapura 

Untuk memberi sokongan anda kepada komuniti orang kelainan upaya tempatan, muat naik video senaman atau tarian di Instagram atau Facebook dengan hashtag #RexonaMoveForGood dan Rexona akan menyumbang RM10 untuk setiap video yang dimuat naik.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen #RexonaMoveForGood, ikuti Rexona di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas