Oh! Podcast
Ardell Mikeno Kongsi Detik Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan
Ramai yang tertunggu-tunggu perkongsian Ardell Mikeno mengenai detik beliau ditahan oleh IDF apa sebenarnya yang berlaku, dan adakah beliau dicederakan?
Oh! Media berpeluang menemubual Ardell secara eksklusif di Oh! Podcast. Dalam temubual tersebut, Ardell menceritakan saat-saat cemas ketika kapal yang dinaikinya ditahan oleh IDF, serta apa yang berlaku sepanjang proses itu. Ardell turut sebak ketika berkongsi bahawa kapal Mikeno adalah satu-satunya kapal yang semakin hampir dengan destinasi bantuan sebelum ia diintercept.
Ardell juga mendedahkan bahawa akan ada ‘second wave’ bantuan kemanusiaan yang kini dalam perancangan, memandangkan lebih 20,000 sukarelawan telah berdaftar untuk menyertai misi tersebut. Bukan itu sahaja — mereka turut merancang sebuah misi kemanusiaan ke Sudan bagi membantu mangsa di sana.
Kisah lengkap yang belum pernah dikongsikan di mana-mana platform ini hanya boleh didengari melalui platform rasmi Oh! Media.
Klik link di atas untuk mendengar temubual eksklusif penuh bersama Ardell hanya di Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM