Oh! Inspirasi
Tukang Cuci Bangunan Akhirnya Diterima Jadi Anggota Polis Diraja Malaysia
Selagi ada tenaga, peluang dan ruang, jangan pernah berhenti daripada mengejar cita-cita. Itulah apa ingin Ohmedia kongsikan selepas seorang pemuda yang mulanya bekerja sebagai tukang cuci bangunan dan kini bergelar anggota polis.
Pemuda itu dikenali sebagai Mohd Radzi, berkelulusan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dan bekerja cuci bangunan di Mukah, Sarawak selama setahun.
Radzi kemudian menerima tawaran sertai Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel.
Sebaik menerima tawaran itu, saya tidak berfikir panjang kerana itulah kerjaya impian saya sejak kecil. Saya tidak menyangka tawaran menyertai PDRM hadir selepas saya berkerja dan berdikari sebagai tukang cuci bangunan.
Selepas menjadi anggota polis, kini Radzi bercita-cita pula untuk sertai latihan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), sebagai pegawai kanan.
Semoga kisah Radzi ini menjadi pemangkin semangat untuk mereka di luar sana yang masih mempunyai cita-cita. Jangan pernah berhenti untuk mengejar impian ok.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

